BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 29, 2009

Fesyen Mempelai Artis




Ramai artis yang telah menamatkan zaman bujang mereka di sepanjang tahun lepas dan tahun ini. Pelbagai gaya telah dipaparkan mereka sewaktu bernikah dan menaiki jinjang pelamin.

Gaya mempelai artis tanahair masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan serta padat dengan adat ketimuran. Namun, gaya tidak diabaikan demi merakamkan detik-detik istimewa ketika melangkah ke alam rumahtangga.

Untuk tontonan dan rujukan para pelayar GUA yang sedang bersiap sedia untuk menaiki jinjang pelamin, GUA paparkan Fesyen Mempelai Artis untuk semua. 

Seorang lagi artis yang menggunakan khidmat pereka Lynda Rahim ialah Yatt.Dandanan rambut Yatt unik sekali dan apabila dipadankan dengan selendang mini, Yatt tampak berseri-seri di hari bahagia.

Tini menggabungkan rona putih dan merah untuk diperagakan sewaktu  majlis bersanding. 
Unik tetapi cocok keseluruhan penampilan Tini dan suami di malam penuh bersejarah itu.

Pengantin baru Linda Jasmine menggayakan baju nikah rekaan Datin SyarifahKirana yang menggunakan fabrik lace serba putih
dari Jakel.Rambut dibiar lepas dan disempurnakan dengan selendang
 panjang sedondon rona.


Sari Yanti menampilkan kelainan ketika majlis akad nikah beliau dengan 
mengenakan baju kurung berona putih gading rekaan Lynda Rahim 
ditambah dengan unsur purdah Timur Tengah dan aksesori rantai 
dahi seperti puteri Jasmine. Sangat menarik!


Bertuahnya lah badan Ekin apabila baju bersandingnya mendapat
sentuhan Rizalman. Idea baju caftan ini tercetus daripada
puteri Balqis dari Hikayat 1001 malam.
Disiapkan oleh 15 pembantu dalam masa sebulan
setengah dan manik-maniknya sahaja seberat 2kg.

Pengantin muda Intan Sarafina mengenakan fesyen kebaya pendek korset dilitupi fabrik lace. Baju hasil ciptaan Man Kajang ini menjadikan Intan seorang mempelai yang sangat manis!

Maya Karin memilih Radzuan Radzwill sebagai pereka fesyen untuk hari bahagianya dan begitu anggun sekali pelakon popular ini ketika diapit oleh suaminya yang kacak bergaya. Maya memang seorang yang ringkas tetapi begitu memukau.


Rosma memakai fesyen rekaan butik D’Risik yang serba putih ketika majlis akad nikah beliau yang dilangsungkan di masjid Putrajaya. Baju kurung moden ini ditambah perincian di lengan untuk menampilkan sesuatu yang istimewa.


Dynas kelihatan bagai puteri dari kayangan ketika  mengenakan baju kebaya French lace rekaan pereka fesyen terkenal Calvin Thoo. Menurut Calvin, beliau mengambil masa empat bulan untuk menyiapkan baju ini yang perinciannya terdiri daripada manik dan kristal Swarovski.


Cantiknya Ning Baizura yang memperagakan rekaan Jovian Mandagie di hari pernikahannya. Manis bertudung, Ning kelihatan seperti puteri jelita dari Timur Tengah.


Tidak pernah Erra Fazira kelihatan secantik ini. Bekas Ratu Cantik Malaysia ini memaparkan cahaya dalaman apabila mengenakan baju rekaan dari Radzuan Radzwill. Manik-manik di tudung menambah seri pelakon jelita milik Engku Emran ini.
From Gua.com.my


0 comments:

Daisypath Anniversary tickers