BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 7, 2010

Tips mengenai kitaran haid & waktu subur


*** sume org dh tau tp nk share jgk :)..

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 perioduntuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

**Sumber : http://pakarhowto.com

Mcmmana nak kira kalori yg perlu seharian?

What are calories?

Calories are the unit measurement of energy for food (1 calorie = 4 joules). The main sources in food are carbohydrates, protein and fat.

We eat so that we get nutrition and, more importantly, energy to sustain our activities, bodily functions and life itself. Every breath you take, every movement requires a certain amount of energy.

How Calories Influence weight gain and weight loss

Losing or gaining weight is all about energy, and all about CALORIES.

Wanna lose 1 pound of fat? Well than you gotta somehow burn 3500 calories.

If you supply your body with more energy (food) than it needs, the surplus can’t just disappear. It will be stored (you could call it potential energy) as fat. So what is the impact in terms of weight gain or loss?

  • Energy and weight gain: People who gain weight are supplying too much energy into their system. In other words, based on their natural metabolic rate and daily activities, they are eating more than they should. Hence the excess is stored as fat.
  • Energy and weight loss: When people don’t eat enough food to create energy to support their daily activities, their body will tap into reserves (fat) to balance the equation.

How many calories Do you need per day?

Everyone should generally know how many calorie they need per day and the factors that influence it. There are different formulas to calculate this but let’s keep it practical.

One’s daily calorie requirement depends on various factors:

  • Gender: Males generally require more energy compared to women, having been intended by Nature to do the heavier work
  • Age: The older you become, the fewer calories you need because the natural metabolic rate slows down
  • Weight: The more you weigh, the more calories your body needs to keep alive (just as a heavier car consumes more fuel); this is also why people find it harder to lose weight after dropping a few pounds
  • Level of Activity: Keeping fit ensures that you have more calories (energy) going out; being active also plays a big role in lifting your overall metabolic rate

Basal Metabolic Rate (BMR)

The BMR is the amount of energy you need to sustain your life. This includes your breathing, organs and everything else you need to keep alive:

Men: BMR = 66 + (13.7 x wt in kg) + (5 x ht in cm) - (6.8 x age in years)

Women: BMR = 655 + (9.6 x wt in kg) + (1.8 x ht in cm) - (4.7 x age in years)

Daily Calorie Requirement (DCR)

Next, we factor in how active the person is, by using the Activity Multiplier:

  • Sedentary = BMR x 1.2 (little or no exercise, desk job)
  • Lightly active = BMR x 1.375 (light exercise/sports 1-3 days/wk)
  • Moderately active = BMR x 1.55 (moderate exercise/sports 3-5 days/wk)
  • Very active = BMR x 1.725 (hard exercise/sports 6-7 days/wk)
  • Extra active = BMR x 1.9 (hard daily exercise/sports & physical job or 2xday training)

Daily Calorie Requirement (DCR)

You are a 30 year old female, 30 years old, 5' 6 " tall (167.6cm) and weigh 120 lbs (54.5 kg).

  • Your BMR = 655 + 523 + 302 - 141 = 1,339 calories/day
  • Your DCR = 1.55 x 1339 = 2,075 calories/day

Wednesday, January 6, 2010

Jogging di tasik sec 7 Shah Alam

Hari ni lepas keje husband ajak ke taman tasik sec 7. walaupun penat + malas tp terpaksa la jugak sbb nk teman kan husband.tu la masalah yg utama,nk kurus tp malas nk exercise.huhuhuu

td lari-lari ayam je.tu pun tersemput-semput.hihihi( nampak sgt lama tak exercise)..
Malam ni tak mkn mlm sbb penat.Minum air masak je hope boleh la maintain nk buat semua ni.AZAM THN BARU !!!!!!!

p/s: mula2 td merajuk dgn en husband sbb paksa p.hihihi minta maap syg :)

Wednesday, December 30, 2009

2009


2009 kian melabuhkan tirainya.2010 will be coming for new episode of our life.2009 meninggalkan seribu kenangan yg plg terindah dlm hidup wlpun ada yg hitam kita lupakan yg hitam itu..

Jan

  • I'm engaged on 26 Jan 2009.

Feb

  • I'm 25 years old..

March - June

  • wedding preparation. penat + tension + byk giler dugaan...Alhamdulillah everything done smoothly..

July

  • Finally , I'm a wife to a person that i really love. Thank you sayang because make my dreams come true. Show me how wonderful married life is :)
  • Honeymoon..yeah!!!!!.nexus karambunai is very beautiful.InsyaALLAH kalau ada duit & masa blh p lagi.i like!!!!

August - Dec

  • My hubby Birthday on 17 Dec 2009.
  • Honeymoon lagi kt penang & lumut J
  • sesgt la bz sbb ada audit site oleh MCMC.fuh!!!! mmg penat giler
  • cuti seminggu until next year..hohohoo

Azam 2010????

  • Jadi isteri yg lebih baik
  • belajar masak yg sedap-sedap
  • dapat rumah baru.yahoo!!!!
  • simpan duit utk beli brg2 rumah..no more new shoes, handbags :(
  • kuruskan badan.
  • Having a baby :) InsyaALLAH

Semoga 2010 akan lebih best, bahagia & berjaya. Chaiyok !!!

Saturday, December 26, 2009

Rock The world 9


dpt sticker VIP, masuk pakai pas artiste, di'interview ' oleh MELODI , hujan lebat giler tp sempat berlindung bwh khemah Badger, performance my hubby with jayzuan yg best & ramai yg dtg support( wlpun bsh kuyup dlm hujan), dinner kt sec 7 yg best!!!!!... a wonderful day :)

Saturday, November 7, 2009

kembali...

setelah sekian lama menghilangkan diri....kenapa???? entahla saya pun tak pasti.ehmmm..kemalasan yg sudah mencapai tahap yg kritikal.lebih suka menjadi silent reader.skrg ni ada la sedikit kerajinan membuka semula blog ni. dlm bbp bulan ni mcm2 dh terjadi dlm kehidupan..

1. menjalani ibadah puasa bersama suami tersayang. buat pertama kali paksa diri utk bgn 4 pagi masuk sahur utk suami & keluarga mertua...Alhamdulillah berjaya wlpun ada bbp kali terbabas

2. berhari raya bersama suami & my lovely family..pengalaman raya sakan " dr perlis ke KL"..giler betul.thn depan blm pasti..mgkn dr KL ke perlis pulak :)

3. Rumah dlm proses.... Alhamdulillah dpt membeli rumah sendiri akhirnya setelah berhempas pulas mencari istana idaman..Agreement dgn lawyer sudah selesai.menunggu proses mendapatkan geran dr pejabat tanah..InsyaALLAH hujung thn ni @ awal thn depan blh la pindah...yahoooo!!!!

oklah...mahu membantu MIL mengemas rumah :)



Saturday, August 22, 2009

Selamat menyambut ramadhan Al-Mubarak



Sudah lama tak update blog ni.malas sgt rasanya. Lagipun lepas kawen ni time utk rehat rasa mcm kejap je.yelah dl ms bujang opis dgn umah sewa dkt je. sejak kawen kena bgn awal pagi.pukul 6.30pg dh kena gerak dr shah alam ke opis kt jalan pantai baru.Nasib baik la opis kita org dekat je.dekat sgt :) tp bkn 1 company ye..
Bulan puasa ni waktu keje dh berubah.dr 8pg - 4.30ptg.nampak gaya lepas sahur tak leh la nk tido.kena bersiap lepas subuh terus gerak.Hari ni dh hari ke2 berpuasa.1st time berpuasa bersama suami & keluarga mertua. Nak cite skt kisah ms 1st sahur sabtu lepas.saya dh semangat mlm tu konon-konon nk bgn awal tlg my parents in law prepare sahur.tepat jam 4.15pg jam berbunyi tp tak bgn jgk.hihihii..akhirnya pukul 4.45pg br la dpt bgn & terus p dapur.Tup..tup my parents in law dh siap kan sume.alamak segannyer!!!!! rasa bersalah sangat.( apa la punya menantu..huhu)..saya pun dgn tangkas membantu la apa yg blh dibantu time termasuk la kejutkan my hubby yg nyenyak tido ( jeles betul tgk dia).. Siap je mkn sume saya pun tlg la kemaskan. hehehe nk cover sbb bgn lmbt td.
Pagi ni saya bgn pukul 4.00 pagi tau.ingat dh plg awal.smpi je dapur tgk ayah mertua ku dh sibuk memasak.awalnyer abah bangun...takpa kali ni sempat la bantu banyak sikit.kalau ualls nk tau my father in law ni sangat rajin & pandai masak.segan dgn dia sbb saya tak la pandai sgt.Ibu mertua ku agak kepenatan sbb bejaga mlm menjaga cucu yg baru dilahirkan.
That's all for this time about my sahur' story...Puasa sebulan ni.banyak lagi sahur & berbuka pose nk dilalui.
Kepada semua, selamat menyambut ramadhan Al-Mubarak.Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun lepas.


Daisypath Anniversary tickers