BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 17, 2010

dunia baru :)


merge ke sini !!!!!!!!!!!!!!!

Friday, January 15, 2010

Rindu akan saat saat itu


Pagi ni p jogging with hubby kt tasik sec 7.pastu p bekfes kt Hartini sec 10. mkn nasi kerabu.best!!! dh lama tak mkn.
pagi ni lepas je sidai baju, lepak2 depan laptop.tiba-tiba terbuka album lama dgn kawan-kawan.huhuhu rindu nyer!!! walaupun ada yg 1 bgnan opis tp jarang jumpa jgk.
teringat zaman belajar dulu.hari-hari mesti main uno sambil minum teh panas " jebat" hihihi
malam-malam wat keje gile p tgk wayang" midnight movie"..
Rindu betul saat-saat itu. Alhamdulillah kami masih giler-giler mcm dulu wlpun dh ramai sudah bergelar Puan. Coming soon Cik Aniki akan bergelar Puan Nik.hohoho
Ramai yg lain akan menyusul...

Thursday, January 14, 2010

Home sweet home part 2



Atas permintaan aziyana ttg pembelian rumah.saya ni tak la pandai sangat bab beli umah ni. Nasib baik husband ada.dia yg lebih arif especially part buat loan dgn bank :)

FYI, kitaorg ni beli umah 2nd. yelah umah kt area shah alam sume nye RM300K & above.so mmg kena plan betul-betul harga rumah & budget yg kita ada. kalau nk beli 300K tu dpt tp pk takut nanti ada anak la.so taknak la byr byk2 utk umah je.
1st, kena pilih area umah. kitaorg pilih area shah alam sbb tenang, kwsn org melayu & dekat dgn umah mertua saya.so senang kalau ada apa2 yg berlaku terutama bila ada anak nanti. kenapa pilih umah 2nd?? sbb rumah baru sumenye jauh dr bandar shah alam.so tak banyak facilities lagi.dan yg pasti dgn keadaan economy skrg, so taknak ambik risiko takut developer buat hal.so kalau nk beli umah baru, sila selidik dl developer anda.saya byk dgr pengalaman kwn2 ttg developer ni.ada yg umah terbengkalai mcmtu je.monthly kena byr pb bank jgk.
kitaorg ambik masa sethn jgk cari umah ni.Alhamdulillah akhirnya jumpa jgk yg berkenan.rumah tu kami beli melalui agent. bila jumpa rumah tu kt website, try call agent. Agent tu perempuan" Kak Z". so kami deal dgn agent utk tgk umah tu dl.masa p umah tu, owner pun ada.Owner tu pun melayu, so takyah nak samak nanti "). Suker sgt rumah tu sbb owner lama baru je renovate & condition rumah tu pun bagus.so kami jimat duit utk repair umah tu.bila dh decide nk beli, agent akan minta kami check dgn bank ttg loan.kena confem dgn bank dl sama ada loan kita lepas tak utk rumah berharga RM ***K. masa tu la bank akan tanya mcm2.gaji, hutang kad kredit, pinjaman dll.Alhamdulillah loan kitaorg lepas sbb kitaorg takda hutang. Buat pinjaman utk kete je ").hutang kad kredit @ PTPTN pun takda ( sbb sy takda PTPTN).syukur sbb disponsor masa belajo.bila org bank ckp loan kita lepas , so kena byr 10% pd owner lama: 2% booking fee & 8 % deposit rumah.
10% ni la yg plg susah sekali.yelah mana nk dptkan duit 10%..kalau rumah RM300K. kita kena byr RM30K.Alhamdulillah sekali lg sbb MIL yg byr sbg hadiah utk anak dia.hihihii bertuahkan saya ")
Lawyer kami kena byr dlm RM 7K.depend pd harga rumah tu.
skrg ni baru saya tahu yg beli rumah ni begitu susah & perlukan duit yg banyak. Nasib baik masa kawen dl tak habis kan duit :)
ni baru proses beli rumah.blm beli barang-barang dlm rumah lagi.arghhh!!! duit lagi :(
oh ya saya lupa , jgn lupa tanya bank market value rumah & BLR yg dia bagi.skrg ni BLR tinggi so interest rendah.
aziyana, hopefully ini dapat membantu awak. kalau ada apa2 yg terkurang pls inform ye :)
selamat membeli rumah :)

Wednesday, January 13, 2010

Home sweet home







i can't wait for this !!!!!!!!!.................................




Tuesday, January 12, 2010

asyik bad mood je :(


kenapa la skrg asyik mad mood je "( huhuhuuhu....



Saturday, January 9, 2010

salah ke???

salah ke kalau saya teringin nak makan mcD sbb dah lama tak makan?


salah ke kalau saya main soduku sbb nk isi masa lapang kt opis( sbb takde keje)..

salah ke???? asyik kena tegur " pregnant ke? "

Adakah kalau xpregnant tak leh teringin nak mkn apa-apa & main soduku.dl ms study pun selalu je main soduku wlpun tak le pandai sgt.

kdg2 rasa tertekan dgn soalan-soalan " dh pregnant?, dh ada isi?".. arghhh mcm tak le soalan lain.

saya nak pregnant tp blm rezeki lg.pls la jgn la asyik tanya je.menyampah la.cuba letak diri anda semua di tempat saya.mesti la tension ( mungkin anda tidak, saya tak tau la)

mungkin saya terlalu emotional.entah la.tp saya stress!!! nasib baik hubby banyak bantu tenangkan saya. i love him so much :)

*** kena berusaha.azam thn ni ***

Friday, January 8, 2010

Jenis-Jenis diet

The Zone Diet

Diet ini menyarankan makanan yang tinggi protein. Tujuannya, semakin tinggi protein, maka rasa lapar akan semakin ditekan dan akhirnya berat badan boleh berkurangan. Bagaimanapun, diet ini masih membenarkan pengambilan karbohidrat tinggi. Pengambilan makanan yang disarankan ialah 40 peratus protein, 30 peratus lemak dan 30 peratus karbohidrat. Kalori yang rendah pada diet ini akan membuatkan berat badan menurun, walaupun anda masih mengambil makanan yang berlemak. ‘The Zone Diet’ juga menyarankan pengambilan karbohidrat sihat seperti buah-buahan dan sayuran.


South Beach Diet

South Beach Diet terbahagi kepada tiga tahap iaitu penurunan berat badan secara tepat, penurunan berat badan lanjutan dan pengekalan berat badan. Tahap pertama adalah masa untuk membataskan pengambilan karbohidrat. Namun, tidak semua karbohidrat perlu dihindari, hanya karbohidrat yang ‘buruk’ seperti kentang dan roti. Pada tahap ini mereka yang berdiet perlu makan tiga kali sehari serta mengambil snek di antara waktu makan. Saiz hidangan perlu dikurangkan. Lakukan diet tahap pertama ini bagi tempoh minimum dua minggu hingga sebulan. Setelah dua minggu menjalani tahap pertama berat badan akan turun di antara , 5 hingga 6 kilogram.

Tahap kedua diet ini ia mensasarkan penurunan berat badan secara perlahan-lahan iaitu di antara 0.5 kh hingga 1 kg seminggu. Pada tahap ini anda boleh mengambil karbohidrat kembali tetapi mestilah yang ‘baik’ seperti bijirin dan kekacang. Beberapa jenis makanan seperti roti, kentang, dan lobak merah, tembikai, mangga dan pisang masih perlu dihindari.

Setelah menyelesaikan tahap pertama dan kedua, tahap selanjutnya adalah mengekalkan berat badan. Tahap ini bertujuan untuk menjaga berat badan supaya tidak naik atau turun lagi. Pada masa ini, anda lebih bebas memilih makanan yang ingin diambil. Sebaik mungkin, hindari snek yang memudaratkan kesihatan. Sebaiknya pilihlah kekacang sebagai sumber lemak dan protein. Beberapa jenis beras merah dan perang adalah pilihan yang tepat.


Hay Diet

Hay Diet merupakan diet berasaskan kombinasi makanan yang diformulasikan oleh Dr. William Hay. Diet ini membahagikan makanan kepada beberapa kumpulan yang hanya boleh diambil pada satu-satu masa seperti protein, karbohidrat dan makanan semulajadi seperti sayuran dan buah-buahan. Komponen pemakanan dari bahan semulajadi ini boleh diambil bersama-sama komponen makanan utama tadi. Buah-buahan merupakan makanan terbaik untuk diambil bersama bijirin untuk sarapan pagi.

Makanan tinggi protein disarankan diambil ketika makan tengahari kerana protein mengambil masa yang lama untuk dihadam berbanding karbohidrat. Makanan berkanji seperti nasi dan ubi kentang tidak boleh diambil bersama makanan yang mengandungi protein dan pelbagai vitamin yang terdapat di dalam buah-buahan. Salad, sayuran dan buah-buahan seharusnya dijadikan menu utama ketika anda berdiet. Protein, karbohidrat dan lemak hendaklah diambil dalam kuantiti yang kecil. Selain itu, anda dilarang sama sekali makan makanan segera, makanan yang diproses (dalam tin) dan makanan yang berasaskan tepung kanji.


Diet rendah kalori

Diet jenis ini mengkehendaki anda makan secara teratur. Selain itu, anda juga perlu menghindari beberapa makanan yang lain seperti coklat, kek, ais krim, gula-gula, makanan bergoreng, kekacang, minuman ringan dan beralkohol serta jeruk.

Makanan yang berasaskan karbohidrat seperti nasi, lontong, mihun, biskuit dan pasta juga tidak boleh diambil secara berlebihan. Sebaiknya banyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan dalam diet harian. Buah-buahan dan sayuran yang rendah kalori dan mengandungi banyak serat boleh mengenyangkan perut dengan cepat.

Selain daripada mengatur pola pemakanan, menerusi diet ini juga anda harus melakukan senaman secara rutin. Misalnya, berjalan kaki atau berbasikal sebanyak 3 - 4 kali seminggu.

Daisypath Anniversary tickers