BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 30, 2009

1 Bulan 6 hari..

School Holiday is coming !!!! & kenduri kawen pun banyak starting this weekand. Dapat 4 jemputan kawen utk minggu ni.tp blh p 2 je sbb 2 lagi kt luar KL.esok ada kenduri di Kajang & Rawang..InsyaALLAH kalau sempat p dua-dua.
1 bulan 6 hari je lagi???? arghhhhhh...berdebar + sedih + excited + entah apa-apa perasaan la lagi.berdebar sbb dah nak jadi isteri org.byk tanggungjawab tu.harap dapat  jadi isteri yg terbaik utk en ninja. sedih sbb nak tinggalkan zaman bujang yang mmg best sbb blh buat suke hati mcm nk bgn lambat ke, malas masak ke..sapa yg kisah? Excited sbb nak kawen la :) hehehehe
Apapun perasaan saya, masa akan tetap berlalu dan masa yg dinanti pasti akan tiba. Cuma blh berdoa & berusaha agar rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.AMIN!!!!(sapa yg baca blog ni sila amin kan utk saya gak)





Friday, May 29, 2009

Fesyen Mempelai Artis




Ramai artis yang telah menamatkan zaman bujang mereka di sepanjang tahun lepas dan tahun ini. Pelbagai gaya telah dipaparkan mereka sewaktu bernikah dan menaiki jinjang pelamin.

Gaya mempelai artis tanahair masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan serta padat dengan adat ketimuran. Namun, gaya tidak diabaikan demi merakamkan detik-detik istimewa ketika melangkah ke alam rumahtangga.

Untuk tontonan dan rujukan para pelayar GUA yang sedang bersiap sedia untuk menaiki jinjang pelamin, GUA paparkan Fesyen Mempelai Artis untuk semua. 

Seorang lagi artis yang menggunakan khidmat pereka Lynda Rahim ialah Yatt.Dandanan rambut Yatt unik sekali dan apabila dipadankan dengan selendang mini, Yatt tampak berseri-seri di hari bahagia.

Tini menggabungkan rona putih dan merah untuk diperagakan sewaktu  majlis bersanding. 
Unik tetapi cocok keseluruhan penampilan Tini dan suami di malam penuh bersejarah itu.

Pengantin baru Linda Jasmine menggayakan baju nikah rekaan Datin SyarifahKirana yang menggunakan fabrik lace serba putih
dari Jakel.Rambut dibiar lepas dan disempurnakan dengan selendang
 panjang sedondon rona.


Sari Yanti menampilkan kelainan ketika majlis akad nikah beliau dengan 
mengenakan baju kurung berona putih gading rekaan Lynda Rahim 
ditambah dengan unsur purdah Timur Tengah dan aksesori rantai 
dahi seperti puteri Jasmine. Sangat menarik!


Bertuahnya lah badan Ekin apabila baju bersandingnya mendapat
sentuhan Rizalman. Idea baju caftan ini tercetus daripada
puteri Balqis dari Hikayat 1001 malam.
Disiapkan oleh 15 pembantu dalam masa sebulan
setengah dan manik-maniknya sahaja seberat 2kg.

Pengantin muda Intan Sarafina mengenakan fesyen kebaya pendek korset dilitupi fabrik lace. Baju hasil ciptaan Man Kajang ini menjadikan Intan seorang mempelai yang sangat manis!

Maya Karin memilih Radzuan Radzwill sebagai pereka fesyen untuk hari bahagianya dan begitu anggun sekali pelakon popular ini ketika diapit oleh suaminya yang kacak bergaya. Maya memang seorang yang ringkas tetapi begitu memukau.


Rosma memakai fesyen rekaan butik D’Risik yang serba putih ketika majlis akad nikah beliau yang dilangsungkan di masjid Putrajaya. Baju kurung moden ini ditambah perincian di lengan untuk menampilkan sesuatu yang istimewa.


Dynas kelihatan bagai puteri dari kayangan ketika  mengenakan baju kebaya French lace rekaan pereka fesyen terkenal Calvin Thoo. Menurut Calvin, beliau mengambil masa empat bulan untuk menyiapkan baju ini yang perinciannya terdiri daripada manik dan kristal Swarovski.


Cantiknya Ning Baizura yang memperagakan rekaan Jovian Mandagie di hari pernikahannya. Manis bertudung, Ning kelihatan seperti puteri jelita dari Timur Tengah.


Tidak pernah Erra Fazira kelihatan secantik ini. Bekas Ratu Cantik Malaysia ini memaparkan cahaya dalaman apabila mengenakan baju rekaan dari Radzuan Radzwill. Manik-manik di tudung menambah seri pelakon jelita milik Engku Emran ini.
From Gua.com.my


Thursday, May 28, 2009

Bedroom Deco

masa search deco utk bilik nanti, jumpa la bbp deco yg menarik.check it out!









Checklist lagiiiii

Update Checklist Lagi

Date Akad nikah : 3 Julai 2009 ( selepas asar)
Tempat Akad Nikah : Masjid Al-Amin
Date Sanding : 4 Julai 2009
Tempat sanding : My sweet home :)
Date Tandang : 11 Julai 2009
Tempat tandang : Rumah En.Ninja

Hantaran : Semua barang-barang hantaran dh settle cuma proses untuk mengubahnye saje.next week plan nk p ssf utk cari bunga.

Kad jemputan : kad dah siap cuma nk distribute kt sume undangan je
Tok kadi : ayah dh p jumpa tok kadi. for ur info, tok kadi ni sedara mara kitaorg je.hehehe

Solemnisation outfit :both of us tempah kt maksu saya sbb dia ada butique pengantin sendiri.ehmmmm..tp blm tgk lagi baju tu lg.bila nk balik tgk baju ni???ehmmmmm :(

Mak andam – maksu saya jgk....

Bunga pahar – my mum dah tlg belikan..

Outfit for family – my sister " kakyong" sudi sponser.

Bridesmaid – baju dh settle tp blm pos kan lagi..

Flowergirl – perlu ke???? anak sedara saya kecik lagi..huhuhu

Bilik pengantin – cadar dh beli kt Jakel.kelakar betul ms beli cadar ni.maksu blh masuk anak wayang la gara-gara kejayaannyer memujuk akak jakel bg la diskaun..hamppir 70% kitaorg dapat..


Fotographer – paksu saya sbb butique maksu ada package photpo gak.

Katering - my cousin's catering..my mum bgtau nk buat 2 catering sbb jemput ramai sgt.tp my mum ckp " don't worry ,mak uruskan "lalala..

Cake- My cousin gak ada buat business cake ni.so dah ada org sponser la kek.dh demand nk kek 3 tingkat..

Door Gift – macam-macam my mum nk bagi..tp sume dh settle cuma vip's gift mak nk tlg carikan.." jimat la duit saya "

Kompang & MC - dah ada org nk tlg uruskan..

Bunting ke banting ???- nak buat yg simple je.ada sape2 yg tau katne nk wat benda ni yg murah ;)

Honeymoon- dah booking flight.p dlm negara je sbb kes H1N1 ni la.takpa lepas raya nk p oversea lak..

Sunday, May 24, 2009

Which side of your brain is dominant?.. from my facebook



Right brain individual: Right brain individuals are intuitive, creative and imaginative. They are flexible and are concerned with the bigger picture rather than details. They are impulsive and spontaneous and do not like time limits. They have difficulty explaining ideas verbally and prefer illustrations to verbal instructions. Careers: Architects, Artists, Salespeople, Psychiatrists, Musicians, Politicians, Teachers. (Interpersonal, Emotional, Musical, Spiritual, Talker.) Left brain individuals are analytical, articulate and to the point. They like identifying details and are more logical than intuitive. Left brained people have good communication and persuasion skills. Careers: Engineers, Systems Analysts, Technicians, Accountants, Librarians. (Administration, Conservative, Organization, Planner, Structure.)

* that's why i'm an engineer...hohohoho

Spa

1.Khareyana Spa
36 Jalan Selangor
46050 Petaling Jaya
Selangor, MALAYSIA
T : +603 7958 6219
F : +603 7958 6284 
E : 
thespa@khareyana.com


2.TINI BEAUTY SALON AND SPA

27A, Jalan Kristal K7/K Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55125388
Tel : 013-227 5859




Package

Body Pamper*** 
Sauna, Massage, Scrub/ Mask, Bath 

Heavenly Face & Body***
Sauna, Massage, Scrub/ Mask, Bath, Facial 


Body & Nail Divine 
Sauna, Massage, Scrub/ Mask, Bath, Facial, 
Manicure, Pedicure 


Head to Toe Joy***
Sauna, Massage, Scrub/ Mask, Bath, Facial, 
Manicure, Pedicure, Creambath(Hair) 


After Birth Treatment
Sauna, Massage + Tungku, Boreh Mask, 
Mandi Rempah 

***most wanted 


3. D'Laguno

seri Bidadari
Sauna + scrub + mandi susu/ rempah = RM 165.00

58, Jalan Renang 13/26
Seksyen 13
Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Tel:03-5511 1336  Fax:03-551102336



Friday, May 22, 2009

My BestFriend's Wedding

saje nk mengimbau kembali kenangan p wedding my cousemate @my roomate's wedding di terengganu..best betul la konvoi 2 kete ke sana.ye saya semakin rindu akan zaman-zaman bujang yg bakal ditinggalkan ini..huhuhuhu

nierah & I >malaysia next top model..hehehehe<



Me & pengantin "Pn Sabariah"

 Before solemnization


 

Rumah oh Rumah

Aktiviti mencari rumah sedang dijalankan.saya & en ninja mmg plan nk beli rumah after kahwin.senang sikit nk uruskan.skrg ni plan utk uruskan hal2 kahwin dulu. tp saya yg excited nak beli rumah kalau blh nk beli skrg.hehehe.takpalah skrg ni survey je dulu mana2 rumah yg best..


syarat-syarat untuk rumah yang ingin dimiliki:

1. Area shah alam ( nak area yg dkt dgn sek 8 je)
2. nak double storey Link ( 4R3B)
3. Harga kalau boleh RM300ribu kebwh ( blh dapat ker????)

dah jumpa bbp pilihan nie:

Location: Section 8, Shah Alam
Type: Double storey link
Tenure: Lease hold
Room: 4bed 3 bath
Land size: 20x75
Selling price: RM280K
Call enna at 017-3683688 for more information.
Extended kitchen, kitchen cabinet, air condition, brick wooden classy gate.




Location: Cahaya Heights, Shah Alam
Type: Double Storey Link
Room: 4bedroom 3 bath
Land size: 20x75 sq. ft.
Built-up area: 1800 sq.ft.
Selling price: RM270K neg
Call Azmah for more information at 019-6664465 or 03-55184929. Gated RM70.00 per month.

3. 
Price: RM 243 000Bedrooms: 4
Type: HousesSize: 1650 Square feet

Shah Alam at Seksyen 7, 2 Storey Terrace House For Sale. Jalan Turmalia 7/12G, 4 Bedrooms and 3 Bathrooms, 1650sf, 22x75, Below Market, RM243000 Urgent, Kindly Contact Leon Lim 012-2473399

yeah!!! kad kahwin dah siap :)

Semalam p puchong dgn en ninja p ambik kad kahwin.Alhamdullillah siap tepat pada waktunya.Lepas keje je terus gerak p puchong.ya ALLAH, jam semalam teruk betul.saya pulak time tue sakit kepala tahap kritikal.tension betul.tp demi kad kawen,redah la jgk jam yg teruk giler tu.
On the way tu, saya ckp kt en ninja yg saya risau kad tu tak cantik.tp cantik ke tak kena la ambik jgk sbb dh tempah.En ninja ckp " takkan nk suruh diaorg buat lain".huuhuhuhu..betul gak.
Sampai je kt kedai tu, kami disambut mesra oleh tuan kedai.berdebar ni nk tgk kad yg dah siap.Alhamdulillah, saya sukerrrr kad tue.hehehehe. simple je tp yg penting saya & en ninja puas hati. Thanks "Faizal & team Kanda Dinda "
On the way nk balik singgah jap studio kwn en ninja.saya pun mmg dh kenal member dia tu.alang2 singgah nk bg kad.Kwn en ninja pun puji kad kitaorg.kembang la pulok...
After this, kena p pulun untuk proses penghantaran kad2 ni pulak.nasib baik saya punya 200 je.ayah punya 400 kpg.en ninja 400kpg.
to all my friends.. tunggu la kad kawen saya..lalalala








Thursday, May 21, 2009

40 hari mencari cinta

Lunch tadi p mid vell dgn en.ninja.so sempat la bincang psl persiapan wedding nanti.rasanya sume dh hampir settle. so boleh la kitaorg sama2 focus kan pada keje lak sblm bercuti pjg.en ninja bz mencari tajuk utk PHD beliau dan saya perlu settle kan projek2 yg mana blh settle b4 kahwin.taknak la cuti kahwin nanti asyik dapat call je psl keje.

masa makan td, kitaorg dah bincang utk tidak berjumpa 40hari sehingga la majlis nikah nanti.biar bg rindu2 sikit.hehehe...adakah aku akan rindu kt en ninja????? rasanya boleh handle sbb dh biasa berjauhan.yelah hampir setahun lebih kitaorg berjauhan.En ninja di UTM Skudai & saya di KL nie.jumpa kalau en ninja balik umah dia kt shah alam.baru bbp bulan ni je kami berdekatan. 40 hari ni jgk la nk spend time utk my housemates ( ura, nierah, nani,eila & aied).

43 hari lagi????

Hari-hari mesti tgk countdown kt blog ni.tinggal lagi 43hari.ehmmm... kejapnye masa itu berlalu.apa perasaan saya skrg??? boleh tak nak cakap yg takda perasaan.hehehe sbb malas nak pk.lagi pun lambat lagi 43hr tu.nanti org ckp over lak.tak sabo nak kawen..

Wednesday, May 20, 2009

4 Julai 2009

Kenapa 40709??? ramai org tanya setiap kali diberitahu tarikh perkahwinan kami.ye kenapa tarikh ni yang dipilih?

Sebenarnya tarikh awal majlis adalah pd 11/7/09.masa tunang dh decide nak tarikh ni.tp last minit ayah saya tukar tarikh sbb 12/7 adik saya kena daftar masuk UIA utk sem baru.so mcm kelam kabut la kalau buat 11hb jgk.yelah rumah kitaorg bukan kt area KL ni.kesian la parents nk terkejor kesana sini. so di awalkan la tarikhnyer..
Dan ada juga yg tanya kenapa tak buat time cuti sekolah???
jawapannyer sbb nak tunggu adik saya yg belajo kt russia tu balik.Dia balik Malaysia hujung bln 6.Pada awalnya my parents nk buat bln 11 nanti.tp hujung taun ni byk keje.taun lepas saya tak cuti lgsg sbb byk sgt projek nk kena settle sblm hujung thn.lgpun saya nk adik saya yg kt russia tu ada on that DAY...dia cuti dr bln 6 smpi bln 8 je.saya nak semua ada di majlis perkahwinan saya.huhuhuhu..yelah org adik-beradik ramai.
Akhirnya confirm la majlis dibuat pada 4/7 nanti.dan 5/7 ni adalah besday ayah saya.hadiah khas untuk ayah.

** to my sister ecah a.k.a DR.Ainal, i really miszz u!!!!! tak sabo nk tggu ko balik :)

Attention pls to all bride to be....hehehe

tajuk mcm apa jekan...just wanna to share some tips to u alls sume..

Tips mengambil hati pasangan

Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.

Tips mengambil hati suami

  1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
  2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
  3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh

Tips mengambil hati isteri

  1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda
  2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
  3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta
  4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
  5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.
p/s : en ninja sila ambik perhatian ye :)

Sunday, May 17, 2009

Checklist Part3

Today, p shah alam with my 2 sister n en ninja cari baju utk pengapit. My best friend dh sudi nk jd pengapit nanti.esok kena pos baju ni.nanti lmbt plk nk tempah..

3rd updated Checklist...
  1. kursus kawen = DONE sejak kt UTM lagi..
  2. beli barang2 hantaran  = DONE
  3. book mak andam  = DONE
  4. book fotografer  = DONE
  5. test HIV  =DONE
  6. dpt surat kebenaran encik Ninja  =DONE
  7. jumpe tokkadi  = DONE
  8. Hantar borang ke JAIP = DONE
  9. book catering  = DONE 
  10. bunge telor  = DONE
  11. menu tuk majlis nikah  = DONE
  12. design kad kahwin  = DONE
  13. tempah baju nikah  = DONE
  14. book pa system  
  15. tempah kad kahwin  =DONE
  16. agih2 kad jemputan  
  17. hiasan hantaran = 
  18. paper bag  = DONE
  19. baju untuk pengapit = DONE
  20. Honeymoon plan = DONE
  21. Langsir rumah = DONE
  22. Langsir bilik = DONE
  23. SPA = 1/2 DONE
  24. kemas rumah
  25. baju untuk flower gurl= 
  26. Deco ( flowers )=
  27. Tag name
  28. apa lg ye????....

Saturday, May 16, 2009

Hand Bouquet

Now searching for hand bouquet pulak.ehmmmm... sumenyer canteekk. but which one yg sesuwei dgn baju nanti..so keep searching.lalalala



combination many colours...by sher design

[DSC00077-1.jpg]

i love this one..credit to wanie kerja kahwin..plan to use this on my reception





Pelamin

Pelamin dah settle dgn maksu.tak sabo nk tgk mcmmana rupenyer pelamin aku nanti..hehehhe
Credit to all these beautiful pelamin's owner



Wedding: Busana Pengantin

macammana la  baju akad nikah & sanding nanti ye. End of this month, i plan nak p butik maksu.nak try baju untuk akad nikah & sanding.yelah mana tau kena outer ke sbb dh kurus..hehehe perasan baru sorang dua je yg tegur awak tu dh kurus.

Actually, i like puteris & Butik Syahirah design. Coz both of this botique ada busana for muslimah. the most important on that day is " aurat". mmg la nak cantik tp taknak la sampai bertambah dosa pulak on that day.nasib baik la maksu saya ada butik pengantin sendiri. So photographer is my paksu.so tak la risau pasal gambar masa make up nanti.

Reception

Baju untuk reception nanti maksu dah tempah khas utk aku.hehehe bestnyer.before this dh bgtau nak this design. En.Ninja pun dh setuju.maksu dh call udaimatunnur ni utk suro diaorg buat design ni.hope nanti dpt ala-ala mcmni pun jadi la.sukenyerrr...

design from : http://www.udaimatunnur.com

Tuesday, May 12, 2009

Penat!!!!!!!!!!

last sunday, dpt call yang kena p taiping isnin pagi kol 10.30 pg di JKR Taiping. yeah ada site visit with engineer JKR Taiping.so pagi isnin kol 7 pagi bertolak ke Taiping  & smpi Alhamdulillah kol 10.30 pg.sampai2 je terus p site.panasnyer ALLAH jelah yg tahu. berpeluh2 aku time tu.dah la pakai tudung, baju tebal.Arghhhhh....yg lain lelaki takpa la tak pakai tudung. Dugaan kecik dr ALLAH.Api neraka lg panas.sabo jelah.

Abis je kt site tu & mkn, my team nak p tgk site projek lain pulak.aku mmg dh tak larat sgt dah.pening kepala!!! so aku tak join diaorg , terus ke ipoh tmpg umah my frend kt sana. My friend tu baru je dapat baby, so alang2 tu dapat la tgk baby dia.
niat dihati , nak p site yang lain hari ni.tp smlm buka email, my bos suro balik opis sbb ada bbp file project yg perlu dihandover. balik jelah...
skrg ni aku mmg penat sgt smpi tak blh tido ( ada ke org mcmnie)..tp betul mmg tak blh tido.muka pun dah burn sbb dok berjemur tgh panas.aku nk rehat la jap dr p site sbb my big day dh dekat.nk kena buat facial ni.dah hitam..huhuhuhu nanti en ninja lg putih dr aku..

Checklist Part 2

last week p Nilai dgn my sis.ramai betul org kt sana.tujuan utama nk p cari dulang hantaran.setiap kedai aku masuk.takda yg berkenan pun.tp alang2 dh dtg nilai ni kena cari juga smpi jumpa.
Finally, jumpa la jgk yg berkenan wlpun takla suka 100%. harge RM30 -1 dulang ( blh la kot). aku pun sambar la 9 dulang.hehehe pastu penuh kete nak bw sume tu.
My mum pun pesan suruh beli doorgift utk rombongan lelaki. cenderahati lg??? bp banyak nk bg nie? mak punya pasal beli jelah.aku rasa penuh la paper bag nanti dgn mcm2 doorgift.

Updated checklist ...
  1. kursus kawen = DONE sejak kt UTM lagi..
  2. beli barang2 hantaran  = DONE
  3. book mak andam  = DONE
  4. book fotografer  = DONE
  5. test HIV  =DONE
  6. dpt surat kebenaran encik Ninja  =DONE
  7. jumpe tokkadi  = DONE
  8. Hantar borang ke JAIP = DONE
  9. book catering  = DONE 
  10. bunge telor  = DONE
  11. menu tuk majlis nikah  = DONE
  12. design kad kahwin  = DONE
  13. tempah baju nikah  = DONE
  14. book pa system  
  15. tempah kad kahwin  =DONE
  16. agih2 kad jemputan  
  17. hiasan hantaran = DONE
  18. paper bag  = DONE
  19. printing banting
  20. Honeymoon plan = dah plan tp blm book 
  21. Langsir rumah = DONE
  22. Langsir bilik = DONE
  23. SPA = 1/2 DONE
  24. kemas rumah

Daisypath Anniversary tickers